Akan Datang

Minda Purba akan siarkan Lagenda Politik bersiri yang bertajuk “Lagenda Tanah Purba” bermula dari 24 Spetember dan dikemaskini pada setiap Isnin dengan cerita bersambung.

 Minda Purba berharap para pembaca mengambil perhatian dan mengikuti perkembangan Lagenda bersiri ini.

Polis harus memanggil Najib untuk soal siasat

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak harus dipanggil untuk soal-siasat pihak Polis berkaitan beberapa persoalan yang telah diketahui orang awam berkenaan kes Altantuya, tetapi hingga kini Najib masih lagi bebas dari segala tindakan.

 

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi jug sebelum Pilihanraya Umum ke 11 berjanji akan mendengar ‘kata benar’. Beliau yang juga merangkap Menteri KDN harus memberi kuasa sepenuh tanpa halangan kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Najib. Sepertimana amaran yang diberi oleh Nazri kapada Tian Chua “…kita ada undang-undang,” pada 24 Julai lalu .

 

Undang-undang Malaysia tidak patut digunakan untuk membela orang yang memegang kuasa dan menindas golongan luar kuasa serta rakyat pada umumnya. Selain daripada itu, pihak Polis digesa tidak berat sebelah serta menjalankan tugas dengan tegas tanpa kira kuasa dan pangkat pihak yang akan disoal siasat.

 

Polis masih tidak bertindak selepas laporan dibuat.juga pada Samy Vellu, segala laporan polis nampaknya tidak diambil peduli.Kita dapat menyaksikan laporan polis oleh bekas Menteri Besar yang bernama Muhamad anak Muhamad itu diambil berat dan teruduh dipanggil soal siasat dalam tempoh dua hari.

 

Sedangkan seorang yang tidak bersalah serta tiada mana-mana pihak yang membuat laporan terhadapnya boleh ditahan selama beberapa hari. Maka mana rakyat secara umumnya hendak percaya bahawa nasib mereka boleh dibela selepas laporan polis dibuat.

 

Polis harus siasat segera :

  1. Dalam kes Altantuya, siapakah yang membatalkan rekod imigresen kemasukkan Altantuya ka dalam Malaysia, dan atas arahan siapa
  2. SIASAT SEGERA NAJIB PERTALIAN BELIAU DENGAN ALTANTUYA SEPERTIMANA TELAH DIDEDAHKAN MAKAN MALAM BERSAMA MANGSA DI SATU RESTORAN DI PARIS

 

NAJIB JUGA HARUS MENJAWAB:

  1. Mengapa Malaysia perlu membeli jet Shukoi serta kapal selam? Adakah untuk tujuan pertahanan atau sebenarnya untuk kepentingan pihak tertentu dari segi komisyen?
  2. Mengapa ahli UTK yang juga merupakan pengawal keselamatan peribadi beliau boleh terlibat dalam kes Altantuya, tidakkah beliau mengetahuinya?
  3. Mengapa bangkit semula isu Negara Islam? Adakah untuk mengalih tumpuan orang ramai terhadap isu restoran Paris?
  4. Setelah bangkit isu Negara Islam, mengapa tidak membenarkan perbahasan melalui media cetak? Apa yang ditakuti?
  5. Najib sekali lagi menegaskan ‘taat setia’ kepada Abdullah Ahmad Badawi, Mengapa? Sedangkan Abdullah bukannya Raja, Sultan Ataupun Agong. Beliau juga dipilih oleh rakyat, apakah motif di sebalik ketaatan Najib?

Najib tak reti Rukun Negara

Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak baru-baru ini menegaskan beliau akan tetap taat setia kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

 Ini memang minda purba yang dicari-cari,  seorang pemimpin yang kedua terkanan Malaysia sanggup keluarkan perkataan yang menghambakan diri. MANA MARUAH DAN TULANG BELAKANG BELIAU?

Peliknya pada saat-saat ini Najib keluarkan kenyataan sebegini rupa sedangkan beliau baru sahaja ‘cuba melepaskan diri’ daripada isu Altantuya ‘Dinner in Paris’ dengan bangkit semula isu negara Islam. Apakah motif di sebalik ikrar taat-setia ini?

Adakah kedudukan Najib terancam?

Apakah Khairy Jamaluddin mempunyai agenda tersembunyi terhadap Najib dengan sengaja hebohkan isu ‘gambar grafik’ Tian Chua?

Siap panel menghafalkan 5 prinsip Rukun Negara seperti berikut:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan

Tetapi bagi Najib, lima prinsip Rukun Negara beliau yang tersendiri adalah:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan (Itu pun dirinya belum tentu)
  2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara Kesetiaan kepada Dollah Badawi
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang Kedaulatan Undang-undang Definasi Sendiri
  5. Kesopanan dan kesusilaan

Selamat Melayari Blog Baru Ini

Selamat melayari blog baru ini, wujudnya satu lagi blogger yang membuka ruang untuk suara alternatif.

 Blog ini masih dalam proses beberapa ujian dan akan aktif dalam masa yang terdekat!

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Newer entries »