Wak Lah, Sekarang Boleh Ingat Siapa Anwar?

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12, UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpini Wak Lah tu sentiasa menyatakan KeADILan sudah tidak lagi relevan di arena politik tanah air.

 

Dua bulan sebelum Pilihanraya, Wak Lah juga menyatakan yang dia sudah tak ingat siapa itu Anwar Ibrahim, jangkaan saya mungkin Wak Lah terlalu letih, perlu lebih tidur maka tak ingat siapa dia Anwar Ibrahim, ataupun terlalu terpengaruh dengan menantu yang sentiasa memainkan watak penarik lembu.

 

Tsunami politik yang melanda pada 308 sekaligus menafikan omong-omong KeADILan yang tidak lagi relevan, bukan sahaja begitu, malah juga menonjolkan karismatik Anwar Ibrahim dalam menyatukan KeADILan, PAS dan DAP memberi tamparan hebat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

 

Dengan menyedari KeADILan dan Anwar memang relevan dan mampu mengubah suasana politik Malaysia yang cuma punyai seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN pada ketika itu , terburu-burulah UMNO dan Barisan Nasional mencari jalan untuk memberhentikan hayat politik Anwar Ibrahim dengan taktik kotor, keji dan menjijikkan.

 

Antaranya UMNO dan Barisan Nasional telah meletakkan seorang Trojan Horse yang lama diternak ke dalam pengurusan Pejabat Anwar Ibrahim, dengan membuat satu tuduhan ulang tayang sepuluh tahun yang melucukan: liwat.

 

Jiran saya seorang budak sekolah menengah turut rasa lucu karana sebagai remaja, dia ketahui aksi liwat ini perlu tenaga dan prestasi badan yang sihat dan kuat; memandangkan Anwar masih lagi sakit pinggang akibat diterajang dalam lokap sepuluh tahun yang lalu.

 

Tambahan beliau, seseorang yang sedang sibuk dan menumpu sepenuh perhatian dalam merancang peralihan kuasa tidak ada masa yang lebih memikirkan agenda seks; kecuali mereka yang tidak pedulikan masa depan negara yang mempunyai masa lapang yang mencukupi mampu mengunjungi hotel dan bilik yang sama selama tiga tahun sekadar untuk memenuhi nafsu seks.

 

Jelas pandangan seorang remaja yang belum dicemari. Tambahan perkembangan sekarang bahawa pendedahan Sumpah Berkanun yang dibuat oleh Doktor Osman, doktor yang membuat pemeriksaan ke atas penuduh telah membuktikan segala ini adalah satu rancangan konspirasi yang kotor dan lampau.

 

UMNO dan Barisan Nasional tidak menumpukan pada pembinaan negara dan pemulihan ekonomi, tetapi kuat memain politik yang sekarang rakyat makin merasa muak terhadap segala apa yang berlaku. UMNO dan Barisan Nasional dilihat lebih mementingkan kuasa dan kepentingan dari mempedulikan nasib rakyat.

 

Tiba-tiba saya teringat seorang pengundi Wak Jawa pada masa saya berkempen pilhanraya di Ledang datang mendekati saya dengan menunggang motosikal berkata:”orang kaya undi UMNO,ceh…orang miskin undi UMNO, goblok, ha ha ha…” lalu pergi dengan motosikal yang tidak dapat berjalan laju…

 

Kini, kabanyakkan rakyat khususnya daripada golongan pertengahan dan bawah menanti-nantikan Anwar yang lebih mempedulikan nasib rakyat diiktiraf sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia. Dengan sokongan padu yang kuat daripada rakyat dan keazaman Anwar untuk membaik pulih sistem pentadbiran Malaysia, ingin saya tanya kepada Wak Lah: “Hang sekarang ingat siapa dia Anwar?”

Mengapa anjing juga HARAM?

Orang Islam selain daripada memandang khinzir itu haram, satu lagi jenis binatang yang haram adalah ANJING.

Saya dimaklum rakan Muslim bahawa antara sebabnya mereka tidak suka anjing kerana:

1) Anjing menyalak apabila Muslim tunaikan solat, ini tanda tidak hormat

2) Anjing tidak bersih kerana menjilat balik najis diri

Maka, sekarang di arena politik Malaysia muncul juga seorang tokoh yang MENJILAT balik kata-kata diri dahulu, apa itu sumpah keramat? apa itu anti korupsi? sedangkan sekarang melenggang-lenggok balik ke rumah asal.

Saya tak hantam siapa, tapi siapa makan cili, dia rasa pedas!!!

Rakyat Menderita, BN Ke Arah Binasa

Parlimen telah meluluskan kenaikkan minyak dengan undian ‘Belah-Bahagi’ 129 vs 78 pada 23 Jun 2008.

Satu keputusan yang terlalu mengecewakan Rakyat, kesemua 129 ahli parlimen yang setuju dengan kenaikkan minyak ini terdiri daripada Barisan Nasional yang diketuai UMNO, turut diikuti oleh Parti-parti komponen BN yang bersifat Parti ‘Minta Sedekah’.

Apabila perbahasan dijalankan, saya hanya dapat dengar hujah ampu dari pihak ahli parlimen BN, kononnya dengan kenaikkan harga minyak ini rakyat akan hidup lebih aman dan sejahtera, apakah ini bukan satu kenyataan yang cukup kelakar?

Apa yang berlaku dalam parlimen ketika itu, kesemua ahli parlimen BN memainkan peranan sebagai PEMBISU, kecuali sembilan ahli yang berdiri membahas untuk menyokong usul, yang lain hanya bagaikan tok ampu yang menunggu giliran untuk meluluskan sahaja.

BN dengan hujah yang putar-belit dan mengelirukan, kesemuanya menunjukkan air muka yang begitu ghairah untuk meluluskan satu usul yang menindas Rakyat. Setelah usul diluluskan, binatang-binatang ini keluar dari Dewan dengan perasaan bangga dan gembira.

Ya, kenapa tidak? Inilah tradisi UMNO dan BN yang menindas Rakyat. 

Tipah Tertipu

Seorang ibu tunggal yang menanggung beban lima ahli sekeluarga, Tipah, telah membelanjakan hampir RM450 untuk uniform sekolah empat orang anaknya serta kelengkapan alat tulis.

Dengan hati penuh bersyukur kepada Allah s.w.t dan kerajaan Barisan Nasional, Tipah rasa eloklah tahun ini segala yuran sekolah dibatalkan, sepertimana yang dijanji oleh kerajaan pada Belanjawan 2007 : Kerajaan Janjikan pendidikan percuma untuk Rakyat.

Pembukaan sekolah tahun ini dilihat begitu meriah…suasana yang begitu bising apabila Tipah memijak masuk ke kawasan sekolah, apa yang sedang berlaku? Tipah tidak tahu.

Apabila Khairy, anak sulung Tipah datang meminta yuran sekolah dengannya, terkejut Tipah dan tanya “bukankah segala yuran sekolah dah dibatalkan?”

“Mak, yuran memang dah dibatalkan, tapi yuran untuk ko-kurukullum, tandas, dewan…” jawab Khairy

Apa ni, bukankah kerajaan telah janji untuk batalkan yuran sekolah, dengan segala yuran tambahan sekarang bagi empat anak, Tipah sedar bahawa dia kena bayar sebanyak hampir RM500.

Tipah turut jatuh pengsan, sebelum dia sedar diri, rupa-rupanya Tipah terdengar lagu”Tipah tertipu,Tipah Tertipu…” 

Akan Datang

Minda Purba akan siarkan Lagenda Politik bersiri yang bertajuk “Lagenda Tanah Purba” bermula dari 24 Spetember dan dikemaskini pada setiap Isnin dengan cerita bersambung.

 Minda Purba berharap para pembaca mengambil perhatian dan mengikuti perkembangan Lagenda bersiri ini.