Wak Lah, Sekarang Boleh Ingat Siapa Anwar?

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12, UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpini Wak Lah tu sentiasa menyatakan KeADILan sudah tidak lagi relevan di arena politik tanah air.

 

Dua bulan sebelum Pilihanraya, Wak Lah juga menyatakan yang dia sudah tak ingat siapa itu Anwar Ibrahim, jangkaan saya mungkin Wak Lah terlalu letih, perlu lebih tidur maka tak ingat siapa dia Anwar Ibrahim, ataupun terlalu terpengaruh dengan menantu yang sentiasa memainkan watak penarik lembu.

 

Tsunami politik yang melanda pada 308 sekaligus menafikan omong-omong KeADILan yang tidak lagi relevan, bukan sahaja begitu, malah juga menonjolkan karismatik Anwar Ibrahim dalam menyatukan KeADILan, PAS dan DAP memberi tamparan hebat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

 

Dengan menyedari KeADILan dan Anwar memang relevan dan mampu mengubah suasana politik Malaysia yang cuma punyai seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN pada ketika itu , terburu-burulah UMNO dan Barisan Nasional mencari jalan untuk memberhentikan hayat politik Anwar Ibrahim dengan taktik kotor, keji dan menjijikkan.

 

Antaranya UMNO dan Barisan Nasional telah meletakkan seorang Trojan Horse yang lama diternak ke dalam pengurusan Pejabat Anwar Ibrahim, dengan membuat satu tuduhan ulang tayang sepuluh tahun yang melucukan: liwat.

 

Jiran saya seorang budak sekolah menengah turut rasa lucu karana sebagai remaja, dia ketahui aksi liwat ini perlu tenaga dan prestasi badan yang sihat dan kuat; memandangkan Anwar masih lagi sakit pinggang akibat diterajang dalam lokap sepuluh tahun yang lalu.

 

Tambahan beliau, seseorang yang sedang sibuk dan menumpu sepenuh perhatian dalam merancang peralihan kuasa tidak ada masa yang lebih memikirkan agenda seks; kecuali mereka yang tidak pedulikan masa depan negara yang mempunyai masa lapang yang mencukupi mampu mengunjungi hotel dan bilik yang sama selama tiga tahun sekadar untuk memenuhi nafsu seks.

 

Jelas pandangan seorang remaja yang belum dicemari. Tambahan perkembangan sekarang bahawa pendedahan Sumpah Berkanun yang dibuat oleh Doktor Osman, doktor yang membuat pemeriksaan ke atas penuduh telah membuktikan segala ini adalah satu rancangan konspirasi yang kotor dan lampau.

 

UMNO dan Barisan Nasional tidak menumpukan pada pembinaan negara dan pemulihan ekonomi, tetapi kuat memain politik yang sekarang rakyat makin merasa muak terhadap segala apa yang berlaku. UMNO dan Barisan Nasional dilihat lebih mementingkan kuasa dan kepentingan dari mempedulikan nasib rakyat.

 

Tiba-tiba saya teringat seorang pengundi Wak Jawa pada masa saya berkempen pilhanraya di Ledang datang mendekati saya dengan menunggang motosikal berkata:”orang kaya undi UMNO,ceh…orang miskin undi UMNO, goblok, ha ha ha…” lalu pergi dengan motosikal yang tidak dapat berjalan laju…

 

Kini, kabanyakkan rakyat khususnya daripada golongan pertengahan dan bawah menanti-nantikan Anwar yang lebih mempedulikan nasib rakyat diiktiraf sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia. Dengan sokongan padu yang kuat daripada rakyat dan keazaman Anwar untuk membaik pulih sistem pentadbiran Malaysia, ingin saya tanya kepada Wak Lah: “Hang sekarang ingat siapa dia Anwar?”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: