Polis harus memanggil Najib untuk soal siasat

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak harus dipanggil untuk soal-siasat pihak Polis berkaitan beberapa persoalan yang telah diketahui orang awam berkenaan kes Altantuya, tetapi hingga kini Najib masih lagi bebas dari segala tindakan.

 

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi jug sebelum Pilihanraya Umum ke 11 berjanji akan mendengar ‘kata benar’. Beliau yang juga merangkap Menteri KDN harus memberi kuasa sepenuh tanpa halangan kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Najib. Sepertimana amaran yang diberi oleh Nazri kapada Tian Chua “…kita ada undang-undang,” pada 24 Julai lalu .

 

Undang-undang Malaysia tidak patut digunakan untuk membela orang yang memegang kuasa dan menindas golongan luar kuasa serta rakyat pada umumnya. Selain daripada itu, pihak Polis digesa tidak berat sebelah serta menjalankan tugas dengan tegas tanpa kira kuasa dan pangkat pihak yang akan disoal siasat.

 

Polis masih tidak bertindak selepas laporan dibuat.juga pada Samy Vellu, segala laporan polis nampaknya tidak diambil peduli.Kita dapat menyaksikan laporan polis oleh bekas Menteri Besar yang bernama Muhamad anak Muhamad itu diambil berat dan teruduh dipanggil soal siasat dalam tempoh dua hari.

 

Sedangkan seorang yang tidak bersalah serta tiada mana-mana pihak yang membuat laporan terhadapnya boleh ditahan selama beberapa hari. Maka mana rakyat secara umumnya hendak percaya bahawa nasib mereka boleh dibela selepas laporan polis dibuat.

 

Polis harus siasat segera :

  1. Dalam kes Altantuya, siapakah yang membatalkan rekod imigresen kemasukkan Altantuya ka dalam Malaysia, dan atas arahan siapa
  2. SIASAT SEGERA NAJIB PERTALIAN BELIAU DENGAN ALTANTUYA SEPERTIMANA TELAH DIDEDAHKAN MAKAN MALAM BERSAMA MANGSA DI SATU RESTORAN DI PARIS

 

NAJIB JUGA HARUS MENJAWAB:

  1. Mengapa Malaysia perlu membeli jet Shukoi serta kapal selam? Adakah untuk tujuan pertahanan atau sebenarnya untuk kepentingan pihak tertentu dari segi komisyen?
  2. Mengapa ahli UTK yang juga merupakan pengawal keselamatan peribadi beliau boleh terlibat dalam kes Altantuya, tidakkah beliau mengetahuinya?
  3. Mengapa bangkit semula isu Negara Islam? Adakah untuk mengalih tumpuan orang ramai terhadap isu restoran Paris?
  4. Setelah bangkit isu Negara Islam, mengapa tidak membenarkan perbahasan melalui media cetak? Apa yang ditakuti?
  5. Najib sekali lagi menegaskan ‘taat setia’ kepada Abdullah Ahmad Badawi, Mengapa? Sedangkan Abdullah bukannya Raja, Sultan Ataupun Agong. Beliau juga dipilih oleh rakyat, apakah motif di sebalik ketaatan Najib?
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: