Wak Lah, Sekarang Boleh Ingat Siapa Anwar?

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12, UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpini Wak Lah tu sentiasa menyatakan KeADILan sudah tidak lagi relevan di arena politik tanah air.

 

Dua bulan sebelum Pilihanraya, Wak Lah juga menyatakan yang dia sudah tak ingat siapa itu Anwar Ibrahim, jangkaan saya mungkin Wak Lah terlalu letih, perlu lebih tidur maka tak ingat siapa dia Anwar Ibrahim, ataupun terlalu terpengaruh dengan menantu yang sentiasa memainkan watak penarik lembu.

 

Tsunami politik yang melanda pada 308 sekaligus menafikan omong-omong KeADILan yang tidak lagi relevan, bukan sahaja begitu, malah juga menonjolkan karismatik Anwar Ibrahim dalam menyatukan KeADILan, PAS dan DAP memberi tamparan hebat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

 

Dengan menyedari KeADILan dan Anwar memang relevan dan mampu mengubah suasana politik Malaysia yang cuma punyai seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN pada ketika itu , terburu-burulah UMNO dan Barisan Nasional mencari jalan untuk memberhentikan hayat politik Anwar Ibrahim dengan taktik kotor, keji dan menjijikkan.

 

Antaranya UMNO dan Barisan Nasional telah meletakkan seorang Trojan Horse yang lama diternak ke dalam pengurusan Pejabat Anwar Ibrahim, dengan membuat satu tuduhan ulang tayang sepuluh tahun yang melucukan: liwat.

 

Jiran saya seorang budak sekolah menengah turut rasa lucu karana sebagai remaja, dia ketahui aksi liwat ini perlu tenaga dan prestasi badan yang sihat dan kuat; memandangkan Anwar masih lagi sakit pinggang akibat diterajang dalam lokap sepuluh tahun yang lalu.

 

Tambahan beliau, seseorang yang sedang sibuk dan menumpu sepenuh perhatian dalam merancang peralihan kuasa tidak ada masa yang lebih memikirkan agenda seks; kecuali mereka yang tidak pedulikan masa depan negara yang mempunyai masa lapang yang mencukupi mampu mengunjungi hotel dan bilik yang sama selama tiga tahun sekadar untuk memenuhi nafsu seks.

 

Jelas pandangan seorang remaja yang belum dicemari. Tambahan perkembangan sekarang bahawa pendedahan Sumpah Berkanun yang dibuat oleh Doktor Osman, doktor yang membuat pemeriksaan ke atas penuduh telah membuktikan segala ini adalah satu rancangan konspirasi yang kotor dan lampau.

 

UMNO dan Barisan Nasional tidak menumpukan pada pembinaan negara dan pemulihan ekonomi, tetapi kuat memain politik yang sekarang rakyat makin merasa muak terhadap segala apa yang berlaku. UMNO dan Barisan Nasional dilihat lebih mementingkan kuasa dan kepentingan dari mempedulikan nasib rakyat.

 

Tiba-tiba saya teringat seorang pengundi Wak Jawa pada masa saya berkempen pilhanraya di Ledang datang mendekati saya dengan menunggang motosikal berkata:”orang kaya undi UMNO,ceh…orang miskin undi UMNO, goblok, ha ha ha…” lalu pergi dengan motosikal yang tidak dapat berjalan laju…

 

Kini, kabanyakkan rakyat khususnya daripada golongan pertengahan dan bawah menanti-nantikan Anwar yang lebih mempedulikan nasib rakyat diiktiraf sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia. Dengan sokongan padu yang kuat daripada rakyat dan keazaman Anwar untuk membaik pulih sistem pentadbiran Malaysia, ingin saya tanya kepada Wak Lah: “Hang sekarang ingat siapa dia Anwar?”

Enam Kotak

Enam kotak yang hang kata nak dedahkan

Ku Tertunggu-tunggu

Cuma hang mendedahkan satu fail saja

Hang disumbat masuk penjara

Sumpah demi sumpah kononnya membanteras rasuah

Hang sekarang balik rumah dahulu yang dah pecah dan hancur

Ku tertunggu-tunggu pendedahan enam kotak hang

Yang kononnya bukti rasuah orang rumah asal hang

Yang tinggal aku terdengar kata hang….kepada rumah asal

Engkau Zalim Aku Menurut

Mengapa anjing juga HARAM?

Orang Islam selain daripada memandang khinzir itu haram, satu lagi jenis binatang yang haram adalah ANJING.

Saya dimaklum rakan Muslim bahawa antara sebabnya mereka tidak suka anjing kerana:

1) Anjing menyalak apabila Muslim tunaikan solat, ini tanda tidak hormat

2) Anjing tidak bersih kerana menjilat balik najis diri

Maka, sekarang di arena politik Malaysia muncul juga seorang tokoh yang MENJILAT balik kata-kata diri dahulu, apa itu sumpah keramat? apa itu anti korupsi? sedangkan sekarang melenggang-lenggok balik ke rumah asal.

Saya tak hantam siapa, tapi siapa makan cili, dia rasa pedas!!!

Rakyat Menderita, BN Ke Arah Binasa

Parlimen telah meluluskan kenaikkan minyak dengan undian ‘Belah-Bahagi’ 129 vs 78 pada 23 Jun 2008.

Satu keputusan yang terlalu mengecewakan Rakyat, kesemua 129 ahli parlimen yang setuju dengan kenaikkan minyak ini terdiri daripada Barisan Nasional yang diketuai UMNO, turut diikuti oleh Parti-parti komponen BN yang bersifat Parti ‘Minta Sedekah’.

Apabila perbahasan dijalankan, saya hanya dapat dengar hujah ampu dari pihak ahli parlimen BN, kononnya dengan kenaikkan harga minyak ini rakyat akan hidup lebih aman dan sejahtera, apakah ini bukan satu kenyataan yang cukup kelakar?

Apa yang berlaku dalam parlimen ketika itu, kesemua ahli parlimen BN memainkan peranan sebagai PEMBISU, kecuali sembilan ahli yang berdiri membahas untuk menyokong usul, yang lain hanya bagaikan tok ampu yang menunggu giliran untuk meluluskan sahaja.

BN dengan hujah yang putar-belit dan mengelirukan, kesemuanya menunjukkan air muka yang begitu ghairah untuk meluluskan satu usul yang menindas Rakyat. Setelah usul diluluskan, binatang-binatang ini keluar dari Dewan dengan perasaan bangga dan gembira.

Ya, kenapa tidak? Inilah tradisi UMNO dan BN yang menindas Rakyat. 

Ceramah di Taman Medan

Akan Datang – Perubahan Baru Blog Ini

Tidak begitu tergempar tetapi akan menyaksikan satu perubahan dari sekarang.

Tunggu Dan Lihat

Dewan Seraguna atau Dewan UMNOguna

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong telah bangkitkan isu kunci Dewan Serbaguna yang sentiasa kunci dewan dipegang oleh UMNO saja. Menteri Wilayah dan Luar Bandar Zulhasnan beberapa kali elak soalan itu dan tidak memberi jawapan yang jelas.

Bukan saja begitu, banyak antara dewan itu dipasang sepanduk atau papan iklan UMNO. Seolah-olah UMNO saja lah yang miliki dewan itu.

Kalau UMNO masih tidak sedar apakah punca kekalahan kali ini, silakan teruskan tradisi membuli rakyat, pasti pilihanraya akan datang UMNO akan jadi parti nyamuk dan kemudiannya turut tidak relevan di tanah air ini.

UMNO, jangan angkuh dan sombong dan bongkak.

Rasuah Sayang

Rasuah sayang eh
Rasuah Sayang Sayang eh,
He lihat Pak Lah tidur
Rasa sayang sayang eh,

Budak mongolia di luar pagar,
Ambil C4 tolong letupkan,
Saya budak baru nak mengajar,
Kalau salah you duduk diam – diam.

Rasuah sayang eh
Rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Zam bodoh rasa sayang sayang eh

Zainuddin kita nak marah al – jazeera,
tapi sendiri tak berpengetahuan,
Mungkinkah belajar dari  [deleted]*,
Kerana jawapannya macam ketam.

Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang Eh
Eh lihat parliment rasa sayang sayang eh

Parliment kita macam zoo negara,
Penuh dengan banyak binatang,
Ada beruk, monyet dan kera,
Kalau pergi sana bawalah kacang,

Rasuah Sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat rempit jauh rasa sayang sayang eh

Khari kata rempit sangat terer,
Mereka ialah mat cemerlang,
Otaknya sekarang entah mana,
Mungkin nak jadi rempit di longkang.

Rasuah sayang eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat bola kita jauh rasa sayang sayang eh

Dulu kita main bola peringkat antarabangsa,
Sekarang main macam ketam,
Kalah 5 – 1 kepada Cina,
Semalam pula kalah kepada vietnam.

Rasuah Sayang Eh
Rasuah Sayang Sayang Eh
Eh lihat Indonesia jauh rasa sayang sayang eh

Rasa sayang milik indonesia
Malaysia kata mereka punya
Otak engkau lagu ini milik kita
Kita punya Rasuah Sayang sebenarnya

Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat polis jauh rasa sayang sayang eh

Bila nak tiba hari raya
Polis kita merata rata
Muka mereka semacam saja
Bagi IC dan Ringgit Malaysia

Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Pak Lah tidur rasa sayang sayang eh

Air di Johor melimpah limpah
Pak lah beli rumah di Australia
Bila Mahathir kita marah
Dia kata rumah itu orang lain pula.

Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh Malaysia hancur rasa sayang sayang eh.

* As there is complaint that this reference is offensive

*Diambil dari blogger lain dan disunting sedikit senikata. 

Tidak Restu hujah YB Chew bahawa 13 Mei Berulang

Sila menerbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina.]

Tak Restu 13 Mei Berulang

- Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau

Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi.

Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina tidak sanggup menanggung lagi satu insiden Mei 13.”

Rusuhan kaum Mei 13, 1969 sememangnya suatu episod gelap dalam sejarah Malaysia di mana keganasan dan manipulasi politik telah menindas proses demokratik dan suara para pengundi. Pembangkitan insiden pahit ini demi kepentingan politik bersifat menghina mangsa yang terkorban, mangsa yang terselamat dan juga keluarga mereka. Tindakan Chew yang bertujuan menjadi amaran kepada pengundi supaya tidak menyokong parti pembangkang adalah perbuatan keji dan tidak mempamerkan sifat seorang pemimpin yang berwibawa.

Sekiranya Chew sememangnya mengetahui apa-apa maklumat tentang pihak tertentu yang berhasrat untuk menggunakan keganasan akibat keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan, beliau yang selama ini giat membangkit isu keselamatan awam patut serta-merta membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan polis.

Sekiranya beliau sekadar berspekulasi, kami berasa amat kecewa kerana beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengumpan undi. Ahli politik tidak patut berkelakuan selolah-olah anggota kongsi gelap. Mereka tidak patut menggunakan keganasan sebagai ancaman untuk meraih undi sepertimana anggota kongsi gelap memeras wang.

Pada hakikatnya, Chew telah melanggar Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:

Pengaruh tidak wajar

    9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong, atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.

Sementara menunggu Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat dan membuat laporan polis mengenai kes ini, kami menyeru Chew supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Beliau mesti mengecam dengan sekeras-kerasnya sebarang kes keganasan politik. Pengundi berhak memilih mana-mana calon atau parti pilihan mereka dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur ugutan dan intimidasi.

Kami juga menyeru YAB PM Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk menafikan sebarang kaitan antara kerajaan dan partinya dengan kenyataan Chew yang berpotensi menakutkan pengundi. YAB juga harus mengutuk dengan sepenuhnya sebarang ugutan dan ancaman ke atas pengundi.

Kita tidak boleh biarkan Malaysia senasib negara di mana keganasan politik berleluasa eperti Pakistan. Kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak bermain dengan api. Kita mesti menolak dengan sepenuhnya sesiapa yang cuba menggunakan insiden pahit Mei 13 untuk mengancam rakyat Malaysia.

Individu-individu atau badan-badan masyarakat madani yang pro-demokrasi diminta menyokong kenyataan ini dengan memaparkannya di premis, kenderaan atau mukasurat pertama blog atau laman web mereka, sebagai tanda pengiktirafan, sehinggalah Chew menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Tipah Tertipu

Seorang ibu tunggal yang menanggung beban lima ahli sekeluarga, Tipah, telah membelanjakan hampir RM450 untuk uniform sekolah empat orang anaknya serta kelengkapan alat tulis.

Dengan hati penuh bersyukur kepada Allah s.w.t dan kerajaan Barisan Nasional, Tipah rasa eloklah tahun ini segala yuran sekolah dibatalkan, sepertimana yang dijanji oleh kerajaan pada Belanjawan 2007 : Kerajaan Janjikan pendidikan percuma untuk Rakyat.

Pembukaan sekolah tahun ini dilihat begitu meriah…suasana yang begitu bising apabila Tipah memijak masuk ke kawasan sekolah, apa yang sedang berlaku? Tipah tidak tahu.

Apabila Khairy, anak sulung Tipah datang meminta yuran sekolah dengannya, terkejut Tipah dan tanya “bukankah segala yuran sekolah dah dibatalkan?”

“Mak, yuran memang dah dibatalkan, tapi yuran untuk ko-kurukullum, tandas, dewan…” jawab Khairy

Apa ni, bukankah kerajaan telah janji untuk batalkan yuran sekolah, dengan segala yuran tambahan sekarang bagi empat anak, Tipah sedar bahawa dia kena bayar sebanyak hampir RM500.

Tipah turut jatuh pengsan, sebelum dia sedar diri, rupa-rupanya Tipah terdengar lagu”Tipah tertipu,Tipah Tertipu…” 

« Older entries

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.